Sakit kepala adalah rasa sakit dalam kepala. Ini merupakan masalah kesehatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.
Berikut Jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya
Sakit kepala disebabkan ketegangan
- Sakit jenis ini biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
- Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukannya mungkin berubah-ubah.
- Menyerang pada bila-bila masa.
- Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu 'Ikatan kuat' yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
Sakit Kepala Migrain
- Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
- Sakit yang terasa di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
- Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
- Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
- Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.
Sakit kepala yang bertumpu (cluster headaches)
- Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
- Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
- Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
- Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
- Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti.
- Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
- Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
Keradangan Sinus
- Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam farinks).
- Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
- Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
- Sakit yang menjadi lebih teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
- Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkolhol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang panas ke kawasan luar yang sejuk.
- Menpunyai sejarah demam hay (rinitis alergik) dan alahan.
Arteritis Temporal
- Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.
- Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit apabila disentuh) dan sakit rahang,
- Penglihatan terganggu.
- Sakit-sakit pada seluruh badan
- Kemungkinan berkait dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.
- Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit kepala
- Demam selsema yang biasa, influenza
- Demam yang disebabkan oleh virus
- Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.
- Makananan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet, dan monosodium glutamate(bahan perisa).
- Kecederaan pada kepala/post-traumatik
- Berlaku jangkitan di kepala atau leher
- Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.
- Keracunan
- Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar).
- Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid(PMS)
- Tekanan
- Gigi bernanah.
- Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat ubatan lain.
- Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
- Pengambilan alkohol yang melampau.
Penjagaan sendiri untuk mengatasi sakit kepala anda
- Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
- Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.
- Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
- Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.
- Berehat - Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan.
- Mandi
- Tutup mata anda dengan kain basah.
Hubungi doktor apabila
- Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.
- Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah mengerakkan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.
- Sakit kepala yang dikaitkan dengan demam dan leher terasa tegang.
- Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.
- Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang dengan tiba-tiba.
- Sakit kepala yang berlarutan lebih beberapa hari.
- Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.
- Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
- Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala daripada yang biasa anda alami.
- Anda merasa mungkin anda menghidap arteritis temporal.
0 komentar:
Posting Komentar